awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat Pencarian juruterbang jet pejuang yang hilang ujian terbesar buat Amerika
Konflik Asia Barat: Suku kaum Iran cari juruterbang jet pejuang Amerika yang hilang di kawasan terpencil
Dua pelajar IPG lemas berkayak di Pantai Merdeka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tujuh beradik di Teluk Intan terima sijil kelahiran

Bernama
Bernama
09/03/2026
08:40 MYT
Tujuh beradik di Teluk Intan terima sijil kelahiran
JPN Perak memaklumkan kesemua sijil kelahiran berkenaan diserahkan oleh Pengarah JPN Negeri Robatuladayiah Mohd Isa di kediaman mereka hari ini. - Gambar JPN Perak
Tujuh beradik berusia 13 hingga 22 tahun di Sungai Jejawi, Kampung Sungai Timah di Teluk Intan yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri menerima sijil kelahiran masing-masing menerusi Program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) Komuniti oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Perak.
JPN Perak dalam kenyataan memaklumkan kesemua sijil kelahiran berkenaan diserahkan oleh Pengarah JPN Negeri Robatuladayiah Mohd Isa di kediaman mereka hari ini.
"JPN telah melaksanakan siasatan berhubung ketiadaan dokumen pengenalan diri tujuh beradik di pejabat JPN Daerah Kecil Kampung Gajah dan mendapati antara faktor utama kelewatan pendaftaran kelahiran adalah kekangan berkaitan pengesahan perkahwinan ibu bapa," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu memaklumkan MEKAR JPN merupakan program turun padang dengan urusan pengeluaran dokumen pengenalan diri seperti MyKad dan sijil kelahiran kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas, pesakit terlantar dan mereka yang tinggal di pedalaman.
"Usaha proaktif JPN ini bagi memastikan setiap penduduk di negara ini yang layak dikeluarkan dokumen pengenalan diri yang sah, sekali gus membolehkan mereka menikmati pelbagai bantuan dan kemudahan yang ditawarkan kerajaan.
"Selain itu, pendekatan ambil peduli JPN ini selaras dengan elemen ihsan dalam konsep Malaysia MADANI," menurut kenyataan itu.
Sebanyak 378 program MEKAR telah dijalankan di negeri ini sepanjang tahun lepas yang menyaksikan 1,526 permohonan diterima di samping 1,935 khidmat nasihat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sijil kelahiran
#JPN
#pedalaman
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan