awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tujuh pelanggan cedera, kereta rempuh restoran

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
20/03/2022
22:40 MYT
Tujuh pelanggan cedera, kereta rempuh restoran
Keadaan di restoran selepas dirempuh sebuah kereta. - Foto JBPM
KUALA LUMPUR: Tujuh individu cedera termasuk empat wanita selepas sebuah kereta terbabas dan merempuh sebuah restoran di Batu 4, Jalan Klang Lama, ibu negara, pada Ahad.
Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.17 malam berhubung kejadian tersebut.
Seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seputeh digerakkan ke lokasi kejadian.
"Setibanya anggota di tempat kejadian mendapati kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Honda HR-V telah terbabas dan merempuh restoran serta melanggar dua buah kereta jenis Axia dan Lexus.
"Susulan kejadian itu, tujuh mangsa iaitu tiga lelaki dan empat wanita yang sedang makan di meja luar restoran berkenaan telah mengalami kecederaan," katanya.
Kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan lanjut dan kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya.
Topic Berkaitan
#Balai Bomba dan Penyelamat
#kemalangan
#JBPM
#restoran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan