awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tujuh rakyat Malaysia ditahan pihak Thai cuba seludup 107 kotak mercun

Bernama
Bernama
21/12/2016
05:57 MYT
Tujuh rakyat Malaysia ditahan pihak Thai cuba seludup 107 kotak mercun
Kesemua mereka yang kini ditahan di Balai Polis Sadao berdepan empat pertuduhan termasuk membawa keluar barangan tanpa membayar cukai dan memiliki mercun tanpa kebenaran. - Gambar fail
Tujuh rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa Thai bersama 107 kotak bunga api dan mercun di hutan simpan Khao Nam Kang, Sadao berhampiran sempadan kedua-dua negara.
Ketua Pejabat Daerah Sadao Bunpark Raknui berkata kesemua lelaki berusia 19 hingga 64 tahun itu ditahan petang semalam ketika cuba menyeludup kotak-kotak mercun dan bunga api itu ke Malaysia.
"Pihak berkuasa turut merampas lima buah kenderaan pacuan empat roda daripada mereka serta sebuah mesin pemotong kayu," katanya kepada pemberita di sini.
Kesemua mereka yang kini ditahan di Balai Polis Sadao berdepan empat pertuduhan termasuk membawa keluar barangan tanpa membayar cukai dan memiliki mercun tanpa kebenaran.
Dua lagi pertuduhan iaitu memasuki Thailand tanpa dokumen perjalanan yang sah serta menebang pokok tanpa memperoleh kebenaran pihak berkuasa tempatan.
Menurut Bunpark, operasi semalam merupakan usaha berterusan pihak berkuasa Thai membanteras kegiatan penyeludupan barangan bercukai, senjata dan pemerdagangan manusia di kawasan sempadan. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#ditahan
#seludup mercun
#sempadan Malaysia
#sempadan thai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan