awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tukang cuci warga Bangladesh didakwa bunuh rakan senegara

Bernama
Bernama
02/09/2022
05:00 MYT
Tukang cuci warga Bangladesh didakwa bunuh rakan senegara
Seorang tukang cuci warga Bangladesh didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh rakan senegara dalam kejadian Ogos lepas. - Foto BERNAMA
BALIK PULAU: Seorang tukang cuci warga Bangladesh didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh rakan senegara dalam kejadian Ogos lepas.
Tertuduh, Mohammad Imran Miah, 32, didakwa membunuh rakannya Alam Safiq di Jalan TAR di hadapan pintu masuk Kompleks Astaka Bukit Gedung, Bayan Baru di sini pada jam lebih kurang 9.30 malam hingga 11.17 malam, 21 Ogos lepas.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi dan tertuduh hanya mengangguk faham ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nur Fadrina Zulkhairi.
Mohammad Imran didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Atikah Asharaf Ali, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan 23 Nov ini untuk sebutan semula kes bagi serahan laporan bedah siasat.
Pada 22 Ogos lepas, media melaporkan seorang lelaki warga asing maut dipercayai ditikam dalam pergaduhan di kawasan Bukit Gedung, Bayan Baru dekat sini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tukang cuci
#bunuh
#rakan
#Bangladesh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan