awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tukang masak dituduh membunuh

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
13/10/2021
05:14 MYT
Tukang masak dituduh membunuh
Harjit Singh (gambar) bersama enam lelaki lain, termasuk seorang yang masih bebas dan lima yang telah dibawa ke mahkamah sebelum ini, dituduh membunuh Preshnna pada Mei lalu. - Foto Astro AWANI
IPOH: Seorang tukang masak didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang lelaki di Desa Aman, Pasir Puteh, pada Mei lalu.
Tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan terhadap Harjit Singh anak lelaki Terlok Singh, 25 tahun, dibacakan di hadapan Majistret Noor Azreen Liyana Mohd Darus.
Mengikut kertas pertuduhan, Harjit Singh bersama enam lelaki lain, termasuk seorang yang masih bebas dan lima yang telah dibawa ke mahkamah sebelum ini, dituduh membunuh A Preshnna, 40 tahun.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Jalan Che Puteh, di sini, antara jam 7.45 pagi dan 5.30 petang, 23 Mei lalu.
Dia didakwa di bawah Seksyen 502 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 304 kanun sama, yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan esok sebagai tarikh sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Haiqal Asyraf Suhaimi manakala tertuduh diwakili Peguam Shabnam Haseena Mohamad Hanif.
Pada 11 Jun lalu, lima lelaki berumur antara 26 dan 40 tahun, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh Preshnna.
Terdahulu, mayat Preshnna ditemui terapung di Sungai Kinta, Pasir Puteh pada 26 Mei.
Topic Berkaitan
#tukang masak
#mahkamah majistret ipoh
#bunuh
#mayat ditemui terapung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan