awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
15 kapal lalui Selat Hormuz dengan kebenaran Iran dalam tempoh 24 jam
Bangladesh lancar kempen vaksinasi demam campak kecemasan di tengah peningkatan kematian
Delegasi Hamas bincang situasi Gaza, Baitulmaqdis dengan Presiden Turkiye Erdogan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tukang paip didakwa rompak telefon bimbit

Bernama
Bernama
24/12/2012
06:58 MYT
Tukang paip didakwa rompak telefon bimbit
Seorang tukang paip mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan merompak 30 buah telefon bimbit serta aksesori telefon membabitkan jumlah RM4,500 dua minggu lepas.
B. Sangkar, 34, bersama-sama seorang lagi yang masih bebas didakwa melakukan rompak berkumpulan terhadap pekerja kedai telefon bimbit, Wong Poh Ling, 35, dengan menyamun 30 buah telefon bimbit pelbagai jenama bernilai RM4,000 serta aksesori telefon bimbit pelbagai jenama bernilai RM500.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di kedai telefon bimbit Sitatt Watch & Telecommunication Sdn Bhd di Bandar Baru Sentul dekat sini pada pukul 12 tengah hari, 15 Dis lepas.
Sangkar yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.
Hakim Mohamad Sekeri Mamat membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 31 Jan depan untuk sebutan lantik peguam.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norasyikin Ahmad.
Topic Berkaitan
#didakwa curi telefon
#Mahkamah Sesyen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan