awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tulang bersepah bersama berkain pelikat rupanya milik lelaki berusia lebih 20 tahun - Polis

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
30/08/2019
09:55 MYT
Tulang bersepah bersama berkain pelikat rupanya milik lelaki berusia lebih 20 tahun - Polis
Penemuan tengkorak dan tulang, dipercayai milik manusia bersepah dalam radius 15 meter di kebuh getah di tepi Jalan Bemban. - Foto Astro AWANI
Rangka manusia yang ditemui di kebun getah di Kampung Changkat Belingkor, dekat sini semalam, dipercayai seorang lelaki berusia lebih 20 tahun.
Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, identiti sebenar mangsa bagaimanapun belum dapat dikenalpasti.
Menurutnya, polis telah menjalankan semakan rekod orang hilang, namun setakat ini belum ada lagi mana-mana waris tampil bagi membantu siasatan.
"Hasil bedah siasat mendapati, mayat berkenaan telah diletakkan di kawasan itu sejak tiga minggu lalu.
"Punca kematian belum dapat dikenalpasti kerana masih ada lagi cebisan tulang yang perlu dikesan semula di lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
BACA: Tengkorak dan tulang disyaki manusia dijumpai dalam kebun getah
Astro AWANI semalam melaporkan penemuan tengkorak dan tulang, dipercayai milik manusia bersepah dalam radius 15 meter di kebuh getah di tepi Jalan Bemban.
Rangka ditemui bersama kain pelikat oleh seorang warga emas yang sedang membersihkan kebun getah.
Polis turut menemui baju, kain dan tali pinggang disyaki milik mangsa.
Topic Berkaitan
#Ahmad Adnan Basri
#Batu Gajah
#hilang
#Ketua Polis Daerah Batu Gaja
#mayat
#Perak
#polis
#rangka manusia
#tengkorak lelaki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan