awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rahim & Co, Chestertons dari UK bekerjasama perkukuh perkhidmatan hartanah global
Vietnam mulakan pembinaan stadium bola sepak terbesar dunia
[TERKINI] Sultan Sharafuddin tidak berkenan penternakan babi di Selangor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tular: Pemain badminton remaja kebangsaan disyaki dera anjing?

Astro Arena
Astro Arena
03/07/2024
09:15 MYT
Tular: Pemain badminton remaja kebangsaan disyaki dera anjing?
Aktivis haiwan berjaya memujuk lelaki itu menyerahkan anjing terbabit untuk dibawa ke lokasi yang lebih selamat. - Gambar/ Stadium Astro
DUA hari lalu, figura yang pernah tular di media sosial tahun lepas kembali mencetuskan kemarahan ramai apabila didakwa dilihat memukul anjing peliharaannya dengan ganas dan tidak menampilkan sifat perikemanusiaan.
Perbuatannya sempat dirakam saksi yang kemudian memuat naik video berkenaan dan merayu agar haiwan malang itu segera diselamatkan.
Susulan kejadian, aktivis haiwan, Shima Aris tampil ke lokasi dan berjaya memujuk lelaki itu menyerahkan anjing terbabit untuk dibawa ke lokasi yang lebih selamat.
Menerusi hantaran di Instagram, pengendali akaun @myforeverdoggo berkata, anjing tersebut yang diberi nama Kitster kini berada dalam jagaan sebuah klinik haiwan.
“Pemeriksaan jelas mendapati haiwan malang itu berada dalam ketakutan dan dilanda trauma yang amat dalam.
“Pendera juga mengaku, ini bukan kali pertama Kitster dibelasah,” katanya.
View this post on Instagram
A post shared by Influencer, But For Doggos (@myforeverdoggo)
Pengendali akaun itu bagaimanapun berkata, Kitster bakal diserahkan kembali kepada pemiliknya selepas lelaki berkenaan membuat laporan polis dan mendakwa anjing miliknya telah dicuri.
“Shima sekarang perlu menyerahkan Kitster kembali kepada pemiliknya atau kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DSV).
“Jika pemeriksaan mendapati tiada sebarang kecederaan fizikal ditemui pada Kitster, hanya pemilik haiwan itu berhak menuntut anjing itu,” katanya kecewa. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#dera anjing
#pemain badminton
#video tular
#pukul anjing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan