awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Remaja 17 tahun didakwa lakukan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak lelaki
Mekanisme SAP bantu penuhi keperluan peranti guna habis di hospital - Dzulkefly
Ajaran ‘Ratu Balqis’ diselidik, rujuk kepada jawatankuasa fatwa - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tular video disyaki curi kabel di Ipoh, polis minta orang ramai salur maklumat

Bernama
Bernama
28/03/2026
13:10 MYT
Tular video disyaki curi kabel di Ipoh, polis minta orang ramai salur maklumat
Pihak polis telah membuka satu kertas siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.
Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya di sini yang tular di laman sosial, tampil bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Muhammad Najib Hamzah berkata pihaknya mengesan video tular itu di aplikasi TikTok yang dimuat naik oleh akaun Utusan Melayu Plus (@utusanmelayuplusofficial) kira-kira 11 pagi tadi.
Beliau berkata video tersebut memaparkan kejadian disyaki kecurian kabel di sebuah kawasan perumahan dengan semakan mendapati ia berlaku di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya.
“Suspek dipercayai menggunakan sebuah pacuan empat roda bersama sebuah kenderaan jenis MPV (pelbagai guna) untuk menarik kabel di lokasi kejadian.
“Pihak polis telah membuka satu kertas siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Justeru, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis
#Muhammad Najib Hamzah
#Curi Kabel
#Ipoh
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan