awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula
Negara Arab, Islam kecam langkah terbaharu Israel kukuhkan kawalan di Tebing Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tumblr, WordPress guna kandungan sedia ada untuk latih model AI

Amanz
Amanz
28/02/2024
04:03 MYT
Tumblr, WordPress guna kandungan sedia ada untuk latih model AI
Kedua-dua platform ini kini menyediakan pilihan untuk 'opt out' atau keluar daripada latihan, sekali gus memudahkan pengguna mengawal sama ada kandungan mereka digunakan untuk tujuan melatih atau sebaliknya. -Amanz
AUTOMATTIC, syarikat di sebalik Tumblr dan WordPress.com kini dilaporkan dalam perbincangan bersama beberapa syarikat, termasuk OpenAI dan MidJourney – untuk menawarkan kandungan pengguna dalam usaha melatih model kecerdasan buatan.
Seperti ramai sedia maklum, kandungan teks dan gambar memainkan peranan utama pada hari ini dalam usaha membantu melatih model sesuatu kecerdasan buatan.
Ini sekali gus membuatkan pelbagai syarikat kecerdasan buatan untuk melesenkan kandungan daripada beberapa penerbit.
Sebelum ini sendiri, kita sedia mendengar Reddit telah melesenkan kandungan data mereka kepada Google dalam melatih model kecerdasan buatan Google.
Tumblr dan WordPress.com kini turut memaklumkan pengguna dengan menyatakan akan melesenkan kandungan kepada pembangun model kecerdasan buatan.
Kedua-dua platform ini akan menawarkan kandungan yang ditetapkan sebagai terbuka untuk tujuan latihan ini.
Pada masa yang sama, kedua-dua platform ini kini menyediakan pilihan untuk 'opt out' atau keluar daripada latihan – sekali gus memudahkan pengguna mengawal sama ada kandungan mereka digunakan untuk tujuan melatih atau sebaliknya.
Dengan langkah ini juga, tidak mustahil kita melihat lebih banyak syarikat turut mengambil langkah sama dalam melesenkan kandungan masing-masing. -Amanz
Topic Berkaitan
#OpenAI
#Tumblr
#Wordpress
#Automattic
#Midjourney
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan