awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tumpahan bahan kimia: Sungai Rugading di Tuaran dikhuatiri tercemar

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
10/05/2022
16:34 MYT
Tumpahan bahan kimia: Sungai Rugading di Tuaran dikhuatiri tercemar
Sungai Kampung Rugading, Tuaran dikhuatiri tercemar selepas berlakunya insiden tumpahan bahan kimia. - Foto ihsan bomba
TUARAN: Sungai Kampung Rugading, Tuaran dikhuatiri tercemar selepas berlakunya insiden tumpahan bahan kimia.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran, Abdul Qawie Abdul Gapar berkata, pihaknya telah menerima panggilan membabitkan kejadian itu pada jam 6.34 petang, Isnin.
Menurutnya, pihak Jabatan Alam Sekitar Sabah (JAS) turut terlibat dalam membuat pemantauan berkaitan laporan tumpahan tersebut.
"Pasukan HAZMAT telah mengambil bacaan air sungai dan mendapati bacaan adalah PH 6.8 (neutral).
"Walau bagaimanapun, terdapat bahan kimia yang dikesan berdasarkan alat pengesan hazmat, yang mendapati terdapat bahan sisa buangan berjadual atau 'scheduled waste' dalam larutan air sungai," katanya dalam satu kenyataan media, pada Selasa.
Abdul Qawie berkata, operasi kemudian ditangguhkan pada sekitar jam 10.30 malam, sebelum disambung pada hari seterusnya, bersama-sama Jabatan Kimia dan JAS.
"Semasa operasi hari kedua, pihak Jabatan Kimia Sabah telah mengambil dua sampel air di dua lokasi aliran sungai untuk di analisis.
"Manakala, pihak JAS memasang tiga buah peralatan khas menyekat dan mengurangkan kadar pencemaran bahan kimia di tiga lokasi Sungai Rugading," katanya.
Tambahnya, operasi telah ditamatkan pada sekitar jam 5 petang tadi dan ia akan di ambil alih oleh pihak JAS.
Topic Berkaitan
#Sungai Rugading
#Tuaran
#tercemar
#bahan kimia
#tumpahan bahan kimia
#JAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan