awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aksi mat rempit di lapangan terbang Kota Bharu memalukan - Anthony Loke
Wartawan alam sekitar terkemuka Datuk Karam Singh Walia meninggal dunia
Harga minyak dibuka lebih tinggi ketika konflik terus mengganggu bekalan global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tumpahan merkuri di pusat dialisis - Bomba

Bernama
Bernama
26/03/2026
06:33 MYT
Tumpahan merkuri di pusat dialisis - Bomba
Kerja pembersihan dijalankan menggunakan cecair peluntur dan operasi tamat pada jam 11.49 pagi. -Foto JBPM
Satu insiden tumpahan merkuri dilaporkan di sebuah pusat dialisis, di sini, pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Pulau Pinang John Sagun Francis berkata pihaknya menerima makluman kejadian pada 8.50 pagi.
“Kejadian di bilik utiliti di tingkat tiga pusat dialisis itu dipercayai berpunca daripada sebuah mesin tekanan darah yang pecah ketika dalam proses pelupusan.
“Terdapat dua petugas semasa kejadian tetapi mereka tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
John Sagun berkata kira-kira 200 mililiter merkuri itu berjaya dikumpulkan dan dilupuskan ke dalam beg sisa kimia bersama-sama peralatan yang tidak selamat untuk digunakan semula.
Beliau berkata kerja pembersihan turut dijalankan menggunakan cecair peluntur dan operasi ditamatkan pada 11.49 pagi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bomba
#tumpahan
#merkuri
#  pusat dialisis
#  John Sagun Francis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan