awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tumpahan minyak cemar pintu air Jalan Tangki, Pelabuhan Klang

Bernama
Bernama
06/07/2024
06:54 MYT
Tumpahan minyak cemar pintu air Jalan Tangki, Pelabuhan Klang
Tumpahan berkenaan dipercayai akibat kebocoran paip di sebuah premis kilang penyimpanan minyak sawit. -Facebook LUAS
SHAH ALAM: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengesan satu insiden tumpahan minyak di pintu air Jalan Tangki, Pelabuhan Klang, dekat sini sekitar 11 pagi semalam.
LUAS memaklumkan berdasarkan pemerhatian di tapak itu, tumpahan berkenaan dipercayai akibat kebocoran paip di sebuah premis kilang penyimpanan minyak sawit.
"Kebocoran itu dipercayai menyebabkan tumpahan minyak masuk ke dalam longkang premis serta mengalir ke parit berhampiran.
"Berdasarkan semakan LUAS di tapak itu, tiada aliran minyak memasuki Sungai Aur susulan penutupan pintu air di lokasi," menurut LUAS dalam satu kenyataan.
LUAS memaklumkan pihak kilang juga telah menghentikan operasi dan melaksanakan pembaikan paip terbabit.
Agensi itu turut mengarahkan pihak premis melaksanakan kerja-kerja pembersihan serta penyedutan sisa tumpahan di kawasan terlibat, manakala bomba turut memasang 'oil boom' di parit itu bagi mengawal tumpahan.
"LUAS melakukan pensampelan kualiti air dan sampel berkenaan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia (JKM) untuk analisis lanjut bagi tindakan penguatkuasaan dan kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 79, Enakmen LUAS 1999 atas kesalahan mencemarkan sumber air," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#LUAS
#tumpahan minyak
#pintu air Jalan Tangki
#kilang penyimpanan minyak sawit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan