awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Budak lelaki ditahan selepas dua murid ditikam di sebuah sekolah di London
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
Ketua pengarah, pengarah jabatan kerajaan seleweng dana RM900,000 ditahan SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tumpu pemberian vaksin berbanding peningkatan kes baharu COVID-19 - Zahid Hamidi

Hilmi Malik
Hilmi Malik
03/02/2021
16:23 MYT
Tumpu pemberian vaksin berbanding peningkatan kes baharu COVID-19 - Zahid Hamidi
Soal pemberian vaksin kepada rakyat perlu diutamakan berbanding melihat kepada angka kes harian COVID-19 ujar Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
KUALA LUMPUR:Kerajaan tidak seharusnya terlalu memberi tumpuan terhadap peningkatan kes COVID-19, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata, apa yang menjadi keutamaan ketika ini adalah isu pemberian vaksin kepada rakyat seperti yang dilakukan beberapa negara lain.
“Banyak kes COVID-19 di negara-negara luar telah menurun malah ada juga yang telah bebas daripada wabak itu.
“Ketika ini orang ramai tidak lagi bercakap mengenai angka COVID-19 sebaliknya mereka menumpukan berapa banyak vaksin yang telah diberikan kepada rakyat.
“Jika dilihat laporan media antarabangsa lebih kepada pemberian vaksin kepada rakyat termasuk peratus pemberian vaksin yang telah diberikan kepada rakyat,” katanya ketika mengulas mengenai pengurusan pandemik di Malaysia.
Beliau berkata demikian ketika ditemu bual menerusi program Terus Terang anjuran NR Channel pada Rabu.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berpendapat kerajaan gagal dalam pengurusan pandemik malah menjadikan ia sebagai alasan untuk melakukan perkara kebiasaan baharu berbanding negara luar.
“Persoalannya, rakyat masih bertanya, dengan adanya PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), PKPP (PKP Pemulihan), PKPB (PKP Bersyarat)... darurat dan sebagainya... jumlah kes COVID-19 masih meningkat.
“Ertinya di sini, kerajaan gagal bukan sahaja dalam menguruskan pandemik malah hanya menggunakan ia sebagai alasan untuk sesuatu perkara,” katanya lagi.
Setakat ini, Malaysia masih mencatatkan kedudukan empat angka bagi kes harian baharu COVID-19.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Zahid Hamidi
#vaksin
#kerajaan
#KKM
#koronavirus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan