awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tun Ahmad Sarji: Keluarga Malaysia kehilangan negarawan, tokoh perkhidmatan awam - PM

Astro Awani
Astro Awani
28/08/2021
04:54 MYT
Tun Ahmad Sarji: Keluarga Malaysia kehilangan negarawan, tokoh perkhidmatan awam - PM
Ismail Sabri menyifatkan peranan Allahyarham Tun Ahmad Sarji sangat signifikan dalam memartabatkan syiar Islam di dalam negara. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Pemergian bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid hari ini merupakan suatu kehilangan besar buat negara.
Menyifatkan Allahyarham sebagai seorang negarawan, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Keluarga Malaysia kehilangan seorang tokoh pentadbir perkhidmatan awam yang amat dihormati dan disegani.
"Selaku mantan KSN, Allahyarham cukup sinonim dengan pelbagai usaha mempertingkat imej dan kecekapan tadbir urus perkhidmatan awam, bahkan komited menyumbang idea dan kepakaran termasuk dalam sektor pendidikan walaupun setelah bersara.
"Sebagai Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Majlis Raja-Raja, Allahyarham juga memainkan peranan yang sangat signifikan dalam memartabatkan syiar Islam di dalam negara," katanya dalam muat naik status di media sosial.
Malah, ujar Ismail Sabri, jasa bakti Allahyarham akan terpahat dalam lipatan sejarah Malaysia sampai bila-bila.
Beliau pada masa sama merakamkan ucapan takziah buat ahli keluarga Allahyarham dan mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan diangkat darjatnya bersama para anbia.
Sumber Facebook ismailsabri60
Topic Berkaitan
#Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid
#mengenang Tun Ahmad Sarji
#ismail sabri yaakob
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan