awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tun Arshad Ayub selamat dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam

Firdaus Azil
Firdaus Azil
14/06/2022
09:47 MYT
Tun Arshad Ayub selamat dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam
Isteri Allahyarham, Toh Puan Zaleh Mohd Arshad kemudian diiringi keluarganya untuk menyiram air mawar di atas pusara Allahyarham. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
SHAH ALAM: Jenazah tokoh pendidikan negara, Allahyarham Tun Arshad Ayub, 93, selamat dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam, kira-kira pukul 3 petang, Selasa.
Terdahulu, jenazah Allahyarham, yang meninggal dunia kira-kira 2.06 pagi ini, telah dibawa dari Hospital Pakar KPJ Damansara ke Masjid Kolej Islam Malaya, Petaling Jaya untuk solat jenazah.
Selesai dikebumikan, Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Muhammad Farhan Wijaya mengambil tempat untuk bacaan talkin ke atas Allahyarham.
Isteri Allahyarham, Toh Puan Zaleh Mohd Arshad kemudian diiringi keluarganya untuk menyiram air mawar di atas pusara Allahyarham.
BACA: Tokoh pendidikan negara dianugerah Tun: Ini fakta menarik profil Arshad Ayub
Takziah | Perjalanan terakhir Tun Arshad Ayub
Antara ahli keluarga yang menunggu giliran untuk menyiram air mawar di atas pusara Allahyarham. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Antara ahli keluarga yang menunggu giliran untuk menyiram air mawar di atas pusara Allahyarham hari ini. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Media sebelum ini melaporkan, Arshad dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) sejak Selasa lalu kerana masalah kesihatan.
Arshad, 93, adalah pengarah pertama Institut Teknologi Mara (ITM) sejak tahun 1967 sehingga 1975 sekali gus pencetus idea kepada perkembangan pendidikan di ITM yang kini dikenali sebagai UiTM.
Anak kelahiran Muar, Johor itu pernah bertugas sebagai Ketua Setiausaha Kementerian dan berkecimpung dalam dunia perniagaan serta menjadi ahli lembaga pengarah untuk beberapa syarikat awam dan juga badan-badan berkanun.
Topic Berkaitan
#Arshad Ayub
#meninggal dunia
#Makam Diraja Shah Alam
#Tokoh Pendidikan Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan