awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Semua calon cemerlang 10A SPM 2025 ditawar program matrikulasi - KPM
Konflik Asia Barat: Pengeksport Malaysia digesa amalkan pendekatan proaktif, adaptif
MSN nafi tidak benarkan Beasley terlibat program pencarian bakat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tun M kecam tindakan Netanyahu serang Doha

Naz Raseed
Naz Raseed
13/09/2025
05:45 MYT
Tun M kecam tindakan Netanyahu serang Doha
Dr Mahathir bimbang akan situasi semasa yang berlaku di Asia Barat susulan serangan oleh ketenteraan Israel. -Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menzahirkan kebimbangan terhadap perkembangan terbaharu di Asia Barat susulan pengeboman di Doha, Qatar yang mengorbankan enam nyawa.

Ringkasan AI
  • Tun Dr Mahathir menyuarakan kebimbangan terhadap kemungkinan tindakan ketenteraan Israel terhadap negara Islam susulan pengeboman di Doha, Qatar.
  • Beliau memberi amaran bahawa kenyataan Netanyahu boleh dijadikan alasan untuk menyerang negara yang didakwa melindungi Hamas.
  • Dr Mahathir turut mengkritik sokongan berterusan Amerika Syarikat terhadap Israel, yang menurutnya menyebabkan ketidakseimbangan kuasa di Asia Barat.

Beliau turut memberi amaran bahawa tindakan Israel selepas insiden itu boleh memberi implikasi besar kepada negara-negara Islam.
Dr Mahathir menyuarakan pendapat tersebut selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menegaskan bahawa mana-mana negara yang didakwa melindungi Hamas harus mengusir kumpulan itu atau berdepan tindakan ketenteraan Israel.
“Jika pengeboman di Doha dijadikan sebagai petunjuk, maka tindakan Israel melalui kenyataan Netanyahu sebelum ini mungkin akan melibatkan serangan udara, termasuk pengeboman dan serangan roket, ke atas negara-negara yang dituduh menjadi tempat perlindungan Hamas,” katanya.
Beliau berkata, keadaan ini membuka kemungkinan Israel akan menjadikan negara-negara Islam sebagai sasaran serangan dengan alasan membanteras keganasan.
Dalam hal sama, Dr Mahathir turut berkata meskipun komuniti antarabangsa termasuk Amerika Syarikat secara zahir mengecam tindakan Israel, hakikatnya Washington tetap menyokong serangan yang disasarkan terhadap Hamas.
“Situasi ini menjadikan Israel kebal daripada sebarang tindakan antarabangsa, sekali gus mengekalkan ketidakseimbangan kuasa di rantau berkenaan,” jelasnya.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Mahathir Mohamad
#Doha
#Palestin
#negara Islam
#tindakan ketenteraan Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan