awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tun M: Penceroboh perlu serah diri

Astro Awani
Astro Awani
07/03/2013
23:49 MYT
Tun M: Penceroboh perlu serah diri
Gencatan senjata unilateral yang diumumkan itu tidak memadai sebaliknya mereka perlu segera menyerah diri kepada pihak keselamatan negara untuk dibicarakan.
Itu pendapat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Kata-kata pewaris kesultanan sulu tersebut tidak boleh dipercayai ini kerana mereka membunuh anggota polis yang menjalankan tugas di Lahad Datu” Tambah Dr Mahathir lagi.
Beliau mengulas mengenai permohonan gencatan senjata waris kesultanan Sulu yang dikemukakan pada Khamis.
Gencatan itu bagi mengelak lebih banyak pertumpahan darah di kalangan kumpulan pengikutnya yang kini terperangkap di Lahad Datu.
Sementara itu Dr Mahathir turut mengulas mengenai hasrat pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari yang mahu Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dilibatkan dalam isu pencerobohan di Sabah.
Beliau melihat tindakan Nur Misuari tidak lebih sekadar mahu mencari publisiti murahan.
Sebelum ini Nur Misuari didakwa berkata OIC wajar dilibatkan bagi satu penyelesaian di mahkamah jenayah antarabangsa berhubung siapa yang berhak ke atas Sabah.
OIC juga katanya perlu membantu dalam penyelesaian kematian para pengikut waris kesultanan Sulu semasa operasi daulat dijalankan pihak keselamatan Malaysia.
Topic Berkaitan
#Lahad Datu
#Nur Misuari
#oic
#Sulu
#Tun Dr Mahathir Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan