awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tun Mahathir nafi cadangan ambil alih lebuh raya bernilai RM6.2 bilion ditangguh

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
01/08/2019
07:15 MYT
Tun Mahathir nafi cadangan ambil alih lebuh raya bernilai RM6.2 bilion ditangguh
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada sidang media selepas mempengerusikan Persidangan Meja Bulat Bersama Komuniti Dewan Perniagaan Antarabangsa di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. - fotoBERNAMA
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyangkal laporan yang menyatakan cadangan pengambilalihan konsesi empat lebuh raya bernilai RM6.2 bilion telah ditangguhkan.
Beliau juga menafikan berita yang mengatakan rancangan itu telah dimulakan tanpa kelulusan Kabinet.
"Kabinet sudah diberitahu mengenai rancangan ini oleh Kementerian Kewangan dan kita tidak katakan tidak. Tetapi hanya tarikh pelaksanaannya sahaja yang akan diputuskan oleh Kabinet," kata kata Tun Mahathir dalam sidang media selepas Persidangan Meja Bulat bersama Komuniti Dewan Perniagaan Antarabangsa, yang berlangsung di PICC pada Khamis.
Tun Mahathir mengulas laporan sebuah akhbar yang memetik kenyataan seorang menteri yang tidak dinamakan sebagai berkata rancangan pengambil alihan itu telah ditangguhkan disebabkan berlaku percanggahan pendapat mengenai cadangan tersebut.
Empat lebuh raya yang terlibat ialah Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint Expressway), Lebuhraya Shah Alam (Kesas) dan Lebuhraya Stormwater Management and Road Tunnel (Terowong SMART).
BACA: 'Saya tak bercadang jadi PM untuk sepenggal, namun ...' - Tun M
"Kementerian Kewangan nampak yakin ia boleh dilaksanakan. Tetapi masalahnya ialah kita tiada wang. Tetapi Kementerian Kewangan kata dengan mengenakan caj pada waktu-waktu puncak, mereka boleh mengumpul dana yang mencukupi untuk membiayai pengambilalihan keempat-empat lebuhraya itu. Kita akan tengok nanti," tambah beliau.
Topic Berkaitan
#ambil alih
#kabinet
#Kementerian Kewangan
#KESAS
#konsesi
#LDP
#lebuh raya
#Mahathir Mohamad
#Perdana Menteri
#Smart Tunnel
#Sprint Expressway
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan