awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tun Sakaran tokoh pemimpin disegani - PM Ismail Sabri

Bernama
Bernama
30/08/2021
05:22 MYT
Tun Sakaran tokoh pemimpin disegani - PM Ismail Sabri
Sakaran dimasukkan ke Hospital Gleaneagles, Kota Kinabalu, sejak 18 Ogos lepas kerana disyaki dijangkiti COVID-19, sebelum menghembuskan nafas terakhir di hospital berkenaan pada 5.30 pagi tadi.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan Allahyarham Tun Sakaran Dandai yang meninggal dunia hari ini, sebagai seorang tokoh pemimpin yang disegani.
Mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan warga Sabah atas pemergiannya, perdana menteri berkata Yang Dipertua Negeri Sabah kelapan itu mempunyai sumbangan besar dalam pembangunan negara khususnya di Sabah merangkumi pelbagai aspek terutama dari segi sosioekonomi.
"Saya berasa amat dukacita apabila mendengar berita tentang pemergian bekas Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Sakaran Dandai pada pukul 6.00 pagi tadi.
"Saya juga mendoakan agar Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya, diampuni segala dosa, diterima amal soleh dan ditempatkan dalam kalangan para solihin," katanya dalam catatan di Facebook beliau.
Belasungkawa | Tun Sakaran Dandai meninggal dunia
Sakaran, 91, yang juga merupakan Ketua Menteri Sabah kelapan dimasukkan ke Hospital Gleaneagles, Kota Kinabalu, Sabah sejak 18 Ogos lepas kerana disyaki dijangkiti COVID-19, sebelum menghembuskan nafas terakhir di hospital berkenaan pada 5.30 pagi tadi.
Sumber Facebook ismailsabri60
Penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2017 itu memainkan peranan penting untuk negara dan Sabah khususnya dalam meningkatkan taraf sosioekonomi dan pendidikan masyarakat serta menyebarluaskan kesusasteraan Islam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tun Sakaran Dandai
#ismail sabri yaakob
#tokoh pemimpin yang disegani
#sumbangan besar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan