awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Tunggu kami di kejiranan syurga abang' - Eulogi rakan pensyarah UPSI

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
09/10/2015
07:00 MYT
'Tunggu kami di kejiranan syurga abang' - Eulogi rakan pensyarah UPSI
Gambar terakhir Allahyarham (berbaju biru) sejam sebelum kemalanga. - Sumber Gambar: Facebook Raja Shamri
Pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang maut dalam kemalangan di Gua Musang pada malam Khamis, Prof Dr Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah, disifatkan sebagai pejuang rakyat marhaen oleh rakan-rakannya.
Seorang pengguna Facebook dengan nama Raja Shamri, berkongsi pengalamannya mengenali Dr.Suhaily dalam beberapa status yang dimuat naik.
Raja Shamri, yang dikenali di kalangan pengguna Facebook tempatan kerana kerja-kerja kebajikan untuk mangsa banjir di Kelantan, mengakui membesar bersama arwah.
Menurut Raja Shamri, dia dan Suhaily berkongsi impian yang sama iaitu mahu melihat Malaysia menjadi sebuah negara yang penuh dengan empati dan kasih sayang.
Pengalaman membesar dalam keadaan serba kekurangan menjadikan mereka tekad dalam usaha melakukan kerja-kerja amal membantu asnaf dan warga yang memerlukan bantuan.
FB Raja Shamri
FB Raja Shamri
Antara status yang dikemas kini di laman Facebook Raja Shamri.
Menurut Raja Shamri lagi, dia bersama Suhaily dan pasukan Third Force dan ResQ UPSI sepatutnya bertemu dengan asnaf dan mangsa banjir yang masih tinggal di dalam khemah di Gua Musang.
Namun perancangan tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya Raja Shamri dan pasukannya menukar arah ke Pasir Puteh untuk mengiringi jenazah Suhaily yang meninggal dunia dalam kemalangan malam semalam.
Dalam salah satu status yang dimuat naik, Raja Shamri turut berkongsi gambar terakhir Suhaily yang diambil kira-kira sejam sebelum kemalangan itu.
Kemalangan berlaku jam 8.45 malam apabila kereta Perodua Myvi yang dipandu Suhaily dilanggar dari belakang oleh sebuah Toyota Hilux. Tiga mangsa turut mengalami kecederaan dalam tragedi itu.
Topic Berkaitan
#Gua Musang
#kemalangan
#Universiti Pendidikan Sultan Idris
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan