awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua pengarah, pengarah jabatan kerajaan seleweng dana RM900,000 ditahan SPRM
Taufan Tropika Gezani landa Madagascar, sembilan maut
Dua juruterbang maut selepas pesawat ditembak ketika mendarat di Papua, Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tunggu kucing bertanduk, tapi kambing pula yang bertanduk empat

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
13/08/2018
09:29 MYT
Tunggu kucing bertanduk, tapi kambing pula yang bertanduk empat
Walaupun ada yang ingin membeli pada harga yang tinggi, dia tidak menerima tawaran itu.
Pelik dan ganjil.
Itu yang terjadi di Kampung Pida 7 dekat Jerlun, Kedah apabila seorang penternak haiwan terkejut apabila kambing miliknya bertanduk empat.
Mohd Yusri Che Man, 24 tahun, tidak menyangka anak kambing baka tempatan yang dibeli dari Perlis dua tahun lalu kini mempunyai keunikan.
Beliau berkata, pada mulanya kambing itu mengeluarkan dua tanduk sebelum dua lagi tanduk muncul di bahagian bawah tanduk sedia ada.
Katanya, bentuk tanduk itu juga unik kerana ianya membengkok ke bawah.
"Saya beli 25 ekor. Atas nasihat ayah saya, saya tidak jual anak kambing unik ini kerana mungkin kelebihan atau tuah. Tetapi saya tidak percaya semua itu.
"Saya simpan anak kambing ini sebab ia ganjil dan orang datang untuk melihat keunikan ini," katanya ketika ditemui Astro AWANI.
Mohd Yusri menambah, walaupun ada yang ingin membeli pada harga yang tinggi, dia tidak menerima tawaran itu.
Beliau juga tekad tidak akan menjual kambing itu kerana menganggap ia merupakan kurniaan Allah SWT.
Topic Berkaitan
#Fenomena
#ganjil
#kambing
#mohd yusri che man
#Perlis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan