awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua pengarah, pengarah jabatan kerajaan seleweng dana RM900,000 ditahan SPRM
Taufan Tropika Gezani landa Madagascar, sembilan maut
Dua juruterbang maut selepas pesawat ditembak ketika mendarat di Papua, Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tunku Idris Sultan Ibrahim bakal bertanding PRU-15?

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
29/04/2019
11:21 MYT
Tunku Idris Sultan Ibrahim bakal bertanding PRU-15?
Muat naik oleh Tunku Idris itu nyata mengundang pelbagai respons netizen. - Foto: Instagram @tunku_idris
Instagram milik Tunku Temenggong Johor Tunku Idris menjadi tumpuan warga media sosial hari ini apabila ruangan Instagram Story pada akaun beliau menunjukkan seakan-akan mahu bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15.
Pada status tersebut beliau memberi gambaran sama ada memilih untuk bertanding di Parlimen Muar atau Mersing.
“I am running #PRU15," katanya dalam status tersebut.
Undian turut dijalankan mengenai status tersebut dan rata-rata netizen mahu beliau bertanding di Muar iaitu sebanyak 75 peratus manakala Mersing 25 peratus.
Ia seperti memberi sindiran kepada Menteri Belia Dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang ketika ini menjadi Ahli Parlimen di kawasan Muar.
Apatah lagi ia hadir selepas perang mulut antara institusi diraja Johor dengan menteri muda itu akhir-akhir ini.
Muat naik tersebut nyata mengundang pelbagai respons netizen yang menyaksikan ada yang menyokong dan ada juga yang tidak bersetuju jika hasrat tersebut diteruskan.
Topic Berkaitan
#Belia
#Instagram
#Media
#media sosial
#menteri
#Muar
#Parlimen
#politik
#PRU15
#sukan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan