awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu langgar lari anggota polis trafik ditahan
AS mula sekat kapal keluar masuk pelabuhan Iran
Trafik melalui Selat Hormuz hampir terhenti susulan ancaman sekatan AS - Data
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tunku Mahkota Ismail berkenan berangkat ke Majlis Khatam al-Quran Peringkat Negeri Johor

Khalis Khadir
Khalis Khadir
06/03/2026
15:11 MYT
Tunku Mahkota Ismail berkenan berangkat ke Majlis Khatam al-Quran Peringkat Negeri Johor
Pemangku Sultan Johor dalam titah ucapan sempena hari Nuzul al-Quran turut menyeru agar kitab suci itu diamalkan sebagai rujukan dan panduan dalam kehidupan. - Foto Facebook Tunku Mahkota Ismail
Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan berangkat ke Majlis Khatam Al-Quran, Program Membudayakan al-Quran Peringkat Negeri Johor 1447H/2026M.
Majlis itu berlangsung di Masjid Sultan Ismail, Batu Pahat, pada Jumaat.
Turut berangkat ke majlis berkenaan ialah Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor.
Dalam hantaran di media sosial, Tunku Mahkota Ismail berkenan menyempurnakan Majlis Serahan Zakat serta Kurniaan Bantuan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor.
Menerusi hantaran berasingan, baginda dalam titah ucapan sempena hari Nuzul al-Quran turut menyeru agar kitab suci itu diamalkan sebagai rujukan dan panduan dalam kehidupan.
“Marilah kita sama-sama menghayati dan mengamalkan al-Quran sebagai rujukan dan panduan dalam kehidupan kita.
“Semoga kita semua diberkati dan dirahmati Allah SWT agar beroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat. Salam Nuzul Al-Quran 1447 Hijrah,” titah baginda.
Topic Berkaitan
#tunku mahkota ismail
#Pemangku Sultan Johor
#Majlis Khatam al-Quran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan