awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hamzah lepas jawatan Ketua Pembangkang, PN bakal umum pengganti
Iran keluar amaran berhubung Selat Hormuz selepas Trump umum rancangan sekatan laut
Tragedi pelajar maut di Kota Bharu perlu jadi iktibar, elak kecuaian - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tuntut bela pembunuhan Khamenei adalah tanggungjawab dan hak sah Iran - Masoud Pezeshkian

Astro AWANI
Astro AWANI
01/03/2026
09:28 MYT
Tuntut bela pembunuhan Khamenei adalah tanggungjawab dan hak sah Iran - Masoud Pezeshkian
Masoud Pezeshkian (foto) berkata Iran akan mengerah segala kekuatan bagi memastikan pelaku dan dalang serangan itu dikenakan hukuman setimpal. -Gambar fail
Presiden Iran Masoud Pezeshkian menegaskan bahawa menuntut bela atas pembunuhan Ayatollah Ali Khamenei dan beberapa pegawai kanan negara merupakan tanggungjawab dan hak yang sah bagi Republik Islam itu.
Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan sebagai ucapan takziah, beliau menyifatkan serangan tersebut sebagai jenayah bersejarah yang perlu diadili dan dibalas dengan sewajarnya.
Masoud Pezeshkian berkata Iran akan mengerah segala kekuatan bagi memastikan pelaku dan dalang serangan itu dikenakan hukuman setimpal.
Beliau menegaskan bahawa kedaulatan negara telah dicabuli melalui serangan udara Amerika Syarikat dan Israel, dan serangan balas adalah langkah yang perlu demi mempertahankan maruah negara.
Kenyataan itu hadir ketika Iran sedang berkabung selama 40 hari atas kematian pemimpin agungnya selain kehilangan beberapa tokoh utama ketenteraan dan keselamatan negara dalam serangan pada Sabtu.
Nada tegas presiden tersebut dilihat sebagai isyarat jelas kepada pasukan keselamatan dan ketenteraan Iran untuk meneruskan operasi serangan balas terhadap aset musuh di rantau berkenaan.
Tekad yang disuarakan Pezeshkian dijangka meningkatkan ketegangan sedia ada memandangkan Tehran berikrar untuk memenuhi apa yang dianggap sebagai tanggungjawab moral dan nasional dalam membela kematian para pemimpinnya.
Topic Berkaitan
#Iran
#Masoud Pezeshkian
#Khamenei
#pembalasan Iran
#AS-Israel
#konflik Asia Barat
#Iran berkabung
#ketegangan serantau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan