awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan nafi hantar 329,000 tong diesel ke Filipina, jangan buat spekulasi - MTEN
Bekalan bahan api negara masih stabil - Fuziah
Angka korban di Gaza meningkat kepada 72,328 sejak Oktober 2023
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tuntutan palsu: Bekas pengarah institut penyelidikan ditahan SPRM

Bernama
Bernama
02/06/2020
12:46 MYT
Tuntutan palsu: Bekas pengarah institut penyelidikan ditahan SPRM
Pengarah SPRM Terengganu Ruslan Che Amad yang dihubungi pemberita mengesahkan tangkapan berkenaan, namun enggan mengulas lanjut. - Gambar fail
Seorang bekas pengarah institut penyelidikan hari ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu, bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu.
Menurut sumber, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu esok, untuk membolehkan permohonan reman dikemukakan.
Suspek yang berusia 50-an, disyaki bersubahat mengemukakan tuntutan palsu berkaitan kerja-kerja di institut berkenaan, berjumlah hampir RM70,000 dan ditahan kira-kira pukul 10 pagi tadi bersama tiga lagi individu daripada syarikat pembekal, di Pejabat SPRM Terengganu.
Difahamkan, tuntutan berkenaan dipercayai dibuat sepanjang tahun 2018, semasa suspek menjawat jawatan berkenaan.
Pengarah SPRM Terengganu Ruslan Che Amad yang dihubungi pemberita mengesahkan tangkapan berkenaan, namun enggan mengulas lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekas pengarah
#institut penyelidikan
#Mahkamah Majistret
#SPRM
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
#tuntutan palsu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan