awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tuntutan palsu: SPRM tahan pengarah urusan, pengarah operasi syarikat dan pengetua asrama

Bernama
Bernama
19/02/2024
21:15 MYT
Tuntutan palsu: SPRM tahan pengarah urusan, pengarah operasi syarikat dan pengetua asrama
Pengarah SPRM Putrajaya Azizul Ahmad Sarkawi mengesahkan tangkapan terhadap ketiga-tiga individu yang kini disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya menahan tiga individu, membabitkan seorang pengarah urusan, seorang pengurus operasi syarikat dan pengetua asrama pemulihan akhlak, disyaki terbabit tuntutan palsu dianggarkan lebih RM280,000.
Menurut sumber, dua suspek yang berjawatan pengarah di sebuah syarikat yang sama itu, disyaki bersubahat dengan pengetua asrama berkenaan dengan mengemukakan tuntutan palsu lebih RM280,000, bagi perkhidmatan pembekalan serta penyediaan makanan di asrama pemulihan akhlak di Johor Bahru, Johor.
“Ketiga-tiga suspek ini dipercayai telah bersubahat dan melakukan tuntutan palsu berkenaan sejak September 2020 hingga Ogos 2022.
“Suspek-suspek berusia sekitar 30-an hingga 40-an itu, ditahan sekitar jam 5 petang tadi (semalam) ketika hadir di pejabat SPRM Johor bagi membantu siasatan,” katanya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Putrajaya Azizul Ahmad Sarkawi ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap ketiga-tiga individu berkenaan dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#tuntutan palsu
#asrama pemulihan akhlak
#perkhidmatan pembekalan serta penyediaan makanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan