awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
My Warriors Run 2026: Larian amal hargai pengorbanan pahlawan negara
Konflik Asia Barat: Iran dakwa lebih 940 sekolah rosak dalam serangan AS-Israel
Konflik Asia Barat: UK tidak akan sertai AS sekat Selat Hormuz
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Turkiye bangunkan lima laluan alternatif pintas Hormuz - Laporan

Bernama
Bernama
03/04/2026
07:41 MYT
Turkiye bangunkan lima laluan alternatif pintas Hormuz - Laporan
Laluan cadangan untuk bekalan minyak dan gas itu akan melalui Iraq dan Syria, koridor Suez-Laut Merah, dan terdapat juga pilihan melibatkan Oman. - Gambar fail
Turkiye merangka lima laluan alternatif untuk bekalan minyak dan gas memintas Selat Hormuz sekiranya krisis berpanjangan di Asia Barat, lapor Sputnik/RIA Novosti, memetik media Turki pada Jumaat.
Timbalan Menteri Luar Iran Kazem Gharibabadi berkata pada Khamis, rejim baharu untuk Selat Hormuz akan menetapkan peraturan bagi laluan kapal tentera dan komersial, sambil menambah bahawa masih terlalu awal untuk membincangkan kemungkinan tarif.
Sehubungan itu, Turkiye telah merangka lima laluan sebagai alternatif melibatkan gabungan koridor darat dan laut, lapor akhbar Turkiye.
Laluan berkenaan melalui Iraq dan Syria, koridor Suez-Laut Merah dan terdapat juga pilihan melibatkan Oman, menurut laporan itu.
Laluan yang lebih panjang di sekitar Afrika juga dipertimbangkan, tambahnya.
Kepelbagaian laluan penghantaran berkenaan bertujuan mengurangkan risiko gangguan bekalan, lapor akhbar itu.
Pada 28 Feb, Amerika Syarikat (AS) dan Israel melancarkan serangan ke atas Iran, termasuk di Tehran, menyebabkan kerosakan dan korban awam.
Iran bertindak balas dengan menyerang wilayah Israel dan kemudahan tentera AS di Asia Barat, termasuk di Bahrain, Qatar, Emiriah Arab Bersatu dan Arab Saudi.
Ketegangan di sekitar Iran telah membawa kepada sekatan de facto Selat Hormuz, laluan utama untuk penghantaran minyak dan gas asli cecair dari negara-negara Teluk Parsi ke pasaran global, melonjakkan harga tenaga.
-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI
Topic Berkaitan
#perang Iran
#Asia Barat
#Turkiye
#Selat Hormuz
#laluan alternatif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan