awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Turunkan hantaran, buat permohonan maaf - Wan Ahmad Fayhsal

Sinar Harian
Sinar Harian
21/01/2024
23:00 MYT
Turunkan hantaran, buat permohonan maaf - Wan Ahmad Fayhsal
Wan Ahmad Fayhsal berkata, sekiranya hantaran itu tidak diturunkan, tindakan undang-undang akan diambil. - Foto fail/Sinar Harian
SHAH ALAM: Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal memberi tempoh 24 jam kepada individu untuk menurunkan hantaran yang disunting mengenai penunggang p-hailing di media sosial selain membuat permohonan maaf.
Beliau yang juga Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, sekiranya hantaran itu tidak diturunkan, tindakan undang-undang akan diambil.
“Saya menafikan sekeras-kerasnya kenyataan yang telah disunting ini.
"Ia adalah fitnah dan berniat jahat untuk menutup kegagalan kerajaan dalam menyelesaikan masalah asas yang membelenggu pekerja e-hailing dan p-hailing.
“Menteri Kewangan merupakan ‘pengatur kewangan’ yang sangat berkuasa melalui agensi-agensi di bawahnya.
“Gunakan kuasa Perdana Menteri dan Menteri Kewangan seperti mana yang telah digunakan ke atas syarikat-syarikat lain bagi menyelesaikan masalah berkepentingan awam,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.
Sebelum ini, tular di media sosial mengenai hantaran mengaitkan Wan Ahmad Fayhsal dengan mendakwa kononnya beliau pernah mengajak boikot sebuah syarikat penyelia e-hailing yang dikatakan menyokong Zionis dan penunggang p-hailing wajib mencari pekerjaan lain. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#media sosial
#Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal
#penunggang p-hailing
#fitnah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan