awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tutup Al-Aqsa: Malaysia sifatkan tindakan Israel pencabulan undang-undang

Astro Awani
Astro Awani
16/07/2017
02:33 MYT
Tutup Al-Aqsa: Malaysia sifatkan tindakan Israel pencabulan undang-undang
Tindakan itu merupakan satu bentuk pencabulan undang-undang dan kebebasan bagi umat Islam.
Malaysia mengutuk penutupan Masjid Al Aqsa oleh pihak berkuasa Israel pada 14 Julai 2017.
Melalui satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Kementerian Luar menyatakan tindakan itu merupakan satu bentuk pencabulan undang-undang dan kebebasan bagi umat Islam.
"Tindakan provokatif itu disifatkan sebagai pencabulan yang dibuat secara terang terhadap kesucian tempat beribadah bagi umat Islam, selain merampas hak umat Islam untuk beribadah.
"Ia tidak sepatutnya berlaku kerana hak untuk beribadat mengikut kepercayaan masing-masing dijamin oleh undang-undang antarabangsa," katanya.
Malaysia menggesa agar Israel segera membuka kembali Masjid Al-Aqsa kepada umat Islam bagi mengerjakan ibadat dan agar tidak menganggu status masjid berkenaan sebagai rumah suci bagi orang Islam.
Bagaimanapun, portal AlJazeera melaporkan hari ini, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata masjid itu akan dibuka semula pada Ahad.
Penutupan yang dilakukan buat pertama kali pada Jumaat itu telah meningkatkan ketegangan dalam hubungan Israel-Palestin.
Pejabat Netanyahu berkata dalam satu kenyataan pada Sabtu, para pengunjung, umat Islam dan pelancong akan dibenarkan memasuki kawasan itu "secara beransur-ansur".
Kawasan yang sensitif itu ditutup selepas tiga warga Arab Israel menembak mati dua pegawai polis Israel di kawasan itu sebelum melarikan diri ke perkarangan masjid di mana mereka telah dibunuh oleh polis.
Topic Berkaitan
#Israel
#masjid al aqsa
#tutup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan