awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dataran Niaga Kampung Manjoi cerminan kerjasama jitu kerajaan dan rakyat
Tiga cedera dalam kejadian tembakan di sekolah di Songkhla, Thailand
Putera Mateen dan isteri kongsi gambar puteri sulung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Twitter umum kemaskini dua fungsi terbaharu

Adli Effendy
Adli Effendy
28/01/2015
11:30 MYT
Twitter umum kemaskini dua fungsi terbaharu
Fungsi terbaharu itu adalah 'group messaging' atau permesejan berkumpulan & sokongan 'mobile video experience atau perkongsian video.
Twitter hari ini mengumumkan dua kemaskini fungsi terbaharu pada platform mereka. Kemaskini itu diumumkan oleh Pengarah Produk Twitter, Jinen Kamdar melalui blog rasmi mereka. Fungsi pertama adalah sokongan 'group messaging' atau permesejan berkumpulan sehingga 20 pengguna pada sesuatu masa. Fungsi itu juga membolehkan komunikasi di antara sesama ahli kumpulan dibuat walaupun masing-masing tidak mengikuti atau 'follow' di antara satu dengan lain.
New! Use Direct Messages to speak privately with a group of up to 20 people. Share Tweets, show emoji & be yourself. https://t.co/8giGhC6OO0
— Twitter (@twitter) January 27, 2015
Satu lagi fungsi terbaharu pada Twitter adalah sokongan 'mobile video experience' atau perkongsian video. Pengguna kini boleh merakamkan video berdurasi 30 saat dan berkongsi terus ke akaun twitter mereka. Beberapa selebriti dilihat telah mula mencuba fungsi terbaru ini dengan memuatnaik video ekslusif buat tontonan peminat mereka di twitter.
Trying video tweet pic.twitter.com/boiJUX0BVH
— Shah Rukh Khan (@iamsrk) January 28, 2015
Check out my Twitter video #Oscar exclusive! I gots me a scoop! pic.twitter.com/SGQ3oJHDqZ
— Neil Patrick Harris (@ActuallyNPH) January 27, 2015
Namun begitu, dua fungsi terbaru ini hanya boleh dinikmati oleh pengguna sah atau 'verified account' sahaja. Pengguna lain akan mula boleh menggunakan dua fungsi terbaru ini dalam beberapa minggu akan datang.
Topic Berkaitan
#dm
#group
#group dm
#Neil Patrick Harris
#Shah Rukh Khan
#Twitter
#video
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan