awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ubah suai motosikal, JPJ nafi langgar remaja semasa operasi

Sharom Abu Bakar
Sharom Abu Bakar
12/06/2019
01:42 MYT
Ubah suai motosikal, JPJ nafi langgar remaja semasa operasi
Hasil pemeriksaan mendapati motosikal terbabit tidak mempunyai nombor pendaftaran dan diubahsuai sehingga menghilangkan identiti asal.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu menafikan dakwaan anggota penguatkuasanya melanggar seorang penunggang motosikal sehingga mendatangkan kecederaan semasa Operasi Hari Raya Aidilfitri di Kampung Seberang Pintasan, Dungun seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.
Pengarahnya, Zulkarnain Yasin berkata orang ramai perlu merujuk kepada sumber yang sahih sebelum menyebarkan sebarang maklumat bagi mengelak kekeliruan di kalangan masyarakat.
Menurutnya dalam operasi pada Selasa, anggota penguatkuasa terserempak dengan seorang pemuda yang menunggang motosikal jenis Yamaha RXZ yang diubahsuai di Jambatan Kampung Seberang Pintasan.
“Anggota daripada Unit Penguatkuasaan JPJ Terengganu telah cuba menahan sebuah motosikal yang telah diubahsuai tanpa kebenaran.
“Motosikal ini juga didapati dipandu secara laju dan berbahaya. Penunggang motosikal berkenaan tidak berhenti dan bertindak melarikan diri ke kawasan kampung,” jelas Zukkarnain.
Tambahnya lagi, berdasarkan maklumat daripada penduduk kampung, motosikal berkenaan berjaya dikesan namun suspek telah melarikan diri.
Hasil pemeriksaan mendapati motosikal terbabit tidak mempunyai nombor pendaftaran dan diubahsuai sehingga menghilangkan identiti asal motosikal terbabit.
Isu berkenaan timbul apabila ada pihak yang menyebarkan gambar remaja yang cedera di media sosial dan mendakwa dia telah dilanggar kereta peronda JPJ.
Zulkarnain berkata, motosikal terbabit telah disita untuk siasatan lanjut dan satu laporan polis berhubung gambar tular itu telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun pada petang Selasa.
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#cedera
#JPJ
#motosikal
#operasi
#remaja
#Zulkarnain Yasin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan