awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Daim Zainuddin, Asnida tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur
Trump ulangi kritikan terhadap Jepun, Korea Selatan kerana tidak membantu dalam perang Iran
Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS, kukuh dalam kalangan mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Uber, Grabcar mungkin dibenarkan beroperasi secara sah

Astro Awani
Astro Awani
17/12/2015
05:41 MYT
Uber, Grabcar mungkin dibenarkan beroperasi secara sah
Antara syarat yang perlu dipatuhi pemandu kereta sapu Uber adalah mereka perlu didaftarkan dan memiliki lesen memandu kenderaan awam (PSV). - Gambar Fail
Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk membenarkan pengusaha kereta sapu profesional, Uber dan Grabcar untuk beroperasi secara sah di negara ini.
Bagaimanapun, perkhidmatan itu dikehendaki mematuhi beberapa syarat yang akan ditetapkan untuk membolehkan sistem kereta sapu itu beroperasi.
Memetik laporan Berita Harian hari ini, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata, antara syarat yang perlu dipatuhi adalah pemandu perlu didaftarkan dan memiliki lesen memandu kenderaan awam (PSV).
Selain itu, kenderaan mereka perlu diperiksa secara berkala dengan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) serta dilengkapi insurans khas untuk melindungi penumpang.
Aziz dilaporkan berkata, satu rumusan dan pengumuman mengenai perkara itu akan dibuat selepas bengkel yang dikendalikan kementerian itu dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) diadakan pada masa terdekat.
"Sementara pengumuman dibuat, kerajaan tidak ada sebarang upaya untuk mengambil tindakan terhadap mereka kerana operasinya berkonsepkan perkhidmatan maya.
"Justeru, selepas peraturan diperkenalkan nanti, kawalan dapat dibuat dengan lebih terperinci," kata Abdul Aziz.
Dalam laporan yang sama, Abdul Aziz berkata, SPAD merancang memperkenalkan satu sistem baharu, iaitu teksi mini, yang turut akan diumumkan secara terperinci selepas ia dimuktamadkan kelak.
Topic Berkaitan
#Abdul Aziz Kaprawi
#GrabCar
#Puspakom
#SPAD
#teksi
#Uber
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan