awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hamzah lepas jawatan Ketua Pembangkang, PN bakal umum pengganti
Iran keluar amaran berhubung Selat Hormuz selepas Trump umum rancangan sekatan laut
Tragedi pelajar maut di Kota Bharu perlu jadi iktibar, elak kecuaian - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UCL: Real Madrid bakal berdepan Manchester City, PSG jumpa Chelsea

Astro Arena
Astro Arena
28/02/2026
04:04 MYT
UCL: Real Madrid bakal berdepan Manchester City, PSG jumpa Chelsea
Real Madrid sekali lagi bertemu Manchester City pada aksi kalah mati Liga Juara-Juara UEFA selepas kedua-dua gergasi Eropah itu diundi bertemu pada pusingan 16. - Stadium Astro
REAL MADRID sekali lagi bertemu Manchester City pada aksi kalah mati Liga Juara-Juara UEFA selepas kedua-dua gergasi Eropah itu diundi bertemu pada pusingan 16.
Ini kali kelima berturut-turut mereka bersua di peringkat kalah mati, sekali gus menghidangkan satu lagi pertembungan epik antara dua kuasa besar benua itu.
Juara Sepanyol, Real Madrid yang memiliki rekod 15 gelaran Eropah, akan menjadi tuan rumah aksi pertama di Santiago Bernabeu bulan depan sebelum bertandang ke gelanggang lawan di England bagi perlawanan timbal balik.
Kedua-dua pasukan sebenarnya sudah bertemu musim ini apabila Manchester City menewaskan Real 2-1 di Madrid pada Disember ketika fasa liga. City menamatkan saingan liga di tangga kelapan untuk mara terus ke kelompok 16 terakhir, manakala Real di kedudukan kesembilan dan terpaksa melalui play-off.
The confirmed round of 16 draw ✅#UCLdraw pic.twitter.com/PVhNIIZngZ
— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) February 27, 2026
Pada peringkat itu, Real menewaskan Benfica dengan agregat 3-1 untuk mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati. Pertemuan kali ini menjadikan ia musim kelapan kedua-dua kelab bersaing sejak 2012.
Musim lalu, Real menyingkirkan City di suku akhir sebelum menjulang trofi pada 2024. Mereka juga pernah menewaskan City pada separuh akhir 2022, manakala skuad kendalian Pep Guardiola itu membalas dendam di peringkat sama pada musim berikutnya.
Sementara itu, juara bertahan Paris Saint-Germain akan berdepan Chelsea. PSG mara selepas menyingkirkan seteru Ligue 1, AS Monaco dengan agregat 5-4 pada play-off, manakala Chelsea layak secara automatik selepas menamatkan fasa liga di tangga keenam.
Dalam satu lagi aksi menarik, Newcastle United bakal melayan kunjungan FC Barcelona di St James’ Park. Barcelona sebelum ini menang 2-1 di venue sama ketika aksi liga pada September.
Rekod turut tercipta apabila enam kelab dari England berjaya melangkah ke kelompok 16 terakhir musim ini.
Dalam undian lain, Liverpool akan sekali lagi bertemu wakil Turkiye, Galatasaray, yang pernah menewaskan mereka 1-0 pada September.
Arsenal pula diundi menentang Bayer Leverkusen, manakala Tottenham Hotspur bakal berdepan Atletico Madrid dalam satu lagi pertembungan yang dijangka sengit. -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Liga Juara-Juara Eropah
#UEFA
#Manchester City
#Real Madrid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan