awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
MHS sedia kerjasama dengan kerajaan urus rumah ibadat Hindu secara sah
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Uggah selamat jalani pembedahan kecil, bercuti rehat sebulan

Astro Awani
Astro Awani
17/11/2020
14:58 MYT
Uggah selamat jalani pembedahan kecil, bercuti rehat sebulan
Datuk Amar Douglas Uggah Embas menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang mendoakan kesihatannya.- Foto BERNAMA
KUCHING:Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas kini dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan kecil bagi membuka arteri jantung di sebuah hospital swasta di sini.
Perkara itu dimaklumkan pembantu terdekatnya yang turut mengesahkan Uggah akan bercuti rehat selama sebulan.
Tambahnya lagi, Uggah turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang mendoakan kesihatannya.
Beliau pada masa sama berharap agar rakyat Sarawak sentiasa waspada serta mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.
Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) sebelum itu hadir ke hospital berkenaan pada pagi Selasa untuk mendapatkan rawatan kerana tidak sihat . Sepanjang tempoh rehat berkenaan tugas mempengerusikan mesyuarat harian (JPBNS) akan diwakili individu lain yang akan dimaklumkan nanti.
Sebelum ini Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Dr Sim Kui Hian dan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah pernah mewakili Uggah mengadakan sidang media COVID-19.
Topic Berkaitan
#Douglas Uggah
#Sarawak
#COVID-19
#JPBNS
#cuti rehat
#pembedahan kecil
#Timbalan Ketua Menteri Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan