awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aplikasi pemesejan XChat diperkenal, saingi WhatsApp dan Telegram
Tentera Darat AS perkenal inisiatif AI bantu anggota ketika operasi di lapangan
Liga Super: Pengadil tiup wisel awal, barisan kejurulatihan Selangor minta penjelasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Uji bot, anggota bomba sukarela dikhuatiri lemas jatuh tasik

Sinar Harian
Sinar Harian
08/03/2026
23:18 MYT
Uji bot, anggota bomba sukarela dikhuatiri lemas jatuh tasik
Operasi mencari dan menyelamat dijalankan di lokasi mangsa dipercayai terjatuh. - Foto Sinar Harian
Seorang anggota pasukan bomba sukarela (PBS) dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sebuah tasik berhampiran Jalan Lahat Mines, Bandar Baru Lahat Mines di sini semalam.
Panggilan kecemasan kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh pada jam 7.27 malam melibatkan mangsa berusia 25 tahun dari PBS Menglembu.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mangsa dipercayai menjalankan aktiviti latihan dan pengujian bot bersama seorang lagi individu ketika kejadian berlaku.
“Bagaimanapun, mangsa bersama pemandu bot dipercayai terjatuh ke dalam tasik sebelum mangsa dilaporkan tenggelam.
“Pemandu bot berjaya diselamatkan manakala mangsa masih belum ditemui,” katanya dalam kenyataan di sini.
Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat dijalankan dengan kekuatan tujuh anggota menggunakan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah Emergency Medical Rescue Services (EMRS).
"Mangsa dipercayai terjatuh ke dalam tasik pada jarak kira-kira 150 meter dari tebing dan usaha pencarian sedang giat dijalankan oleh pasukan penyelamat," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Bomba sukarela
#lemas
#tasik
#jatuh dari bot
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan