awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GSF 2.0: Kerajaan pantau rapi keselamatan aktivis Malaysia - Amirudin
[TERKINI] Konflik Asia Barat: Trump tutup Selat Hormuz, harga minyak mentah kembali melonjak
Konflik Asia Barat: Negara Teluk cari alternatif ketika Selat Hormuz kekal hampir tertutup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UK setuju benarkan AS guna pangkalan untuk serangan ke atas tapak Iran

Bernama
Bernama
21/03/2026
01:21 MYT
UK setuju benarkan AS guna pangkalan untuk serangan ke atas tapak Iran
Menteri Kabinet mengutuk tindakan Iran memperluas sasarannya untuk merangkumi perkapalan antarabangsa. - Foto fail/AP

United Kingdom (UK) meluluskan peluasan akses Amerika Syarikat (AS) ke pangkalan British bagi operasi yang menyasarkan keupayaan peluru berpandu Iran yang mengancam perkapalan di Selat Hormuz, menurut Downing Street.

Anadolu Ajansi melaporkan kenyataan kerajaan menyebut bahawa dalam satu mesyuarat pada Jumaat, menteri Kabinet mengesahkan bahawa perjanjian untuk AS menggunakan pangkalan UK dalam pertahanan diri kolektif rantau itu merangkumi operasi pertahanan AS bagi melumpuhkan tapak serta keupayaan peluru berpandu yang digunakan untuk menyerang kapal di Selat Hormuz.

Kerajaan menegaskan bahawa “prinsip di sebalik pendekatan UK terhadap konflik kekal sama” serta menggesa “pengurangan ketegangan segera serta penyelesaian pantas konflik” peperangan itu.

Menteri Kabinet mengutuk tindakan Iran memperluas sasarannya untuk merangkumi perkapalan antarabangsa.

Mereka bersetuju bahawa serangan melulu Iran, termasuk ke atas kapal Red Ensign (kapal berdaftar United Kingdom) serta kapal milik sekutu rapat dan rakan Teluk, berisiko mengheret rantau itu ke dalam krisis yang lebih serius selain memburukkan impak ekonomi yang dirasai di UK dan seluruh dunia.

Menerusi hantaran di X, pemimpin pembangkang Konservatif Kemi Badenoch menyifatkan keputusan itu sebagai pusingan U yang paling besar, menurut Anadolu.

Sejak serangan intensiti tinggi AS-Israel bermula pada 28 Feb, UK telah beralih daripada pendirian awal menolak akses pangkalan kepada tahap kerjasama logistik dan operasi ketenteraan yang lebih menyeluruh.

“Walaupun mengambil tindakan perlu untuk mempertahankan diri dan sekutu, kami tidak akan terheret ke dalam perang yang lebih meluas,” kata Perdana Menteri Keir Starmer pada Isnin, sambil menambah kerajaan UK akan terus berusaha menamatkan pertempuran.

Bagaimanapun, peranan Britain yang semakin meluas dalam konflik itu telah mencetuskan perdebatan yang semakin meningkat tentang sama ada perbezaan itu menjadi semakin sukar untuk dipertahankan.

Permusuhan serantau di Asia Barat telah memuncak sejak Israel dan AS melancarkan serangan bersama ke atas Iran pada 28 Feb, yang setakat ini mengorbankan kira-kira 1,300 orang, termasuk Pemimpin Agung ketika itu Ali Khamenei.

Iran membalas dengan serangan dron dan peluru berpandu di seluruh rantau itu serta telah menutup Selat Hormuz secara berkesan kepada kebanyakan kapal, iaitu laluan transit minyak utama yang biasanya mengendalikan kira-kira 20 juta tong sehari dan kira-kira 20 peratus daripada perdagangan gas asli cecair global.

-- BERNAMA-ANADOLU

Topic Berkaitan
#konflik Asia Barat
#pangkalan tentera
#United Kingdom
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan