awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ular sawa dua meter 'hadir' ke sekolah

Sinar Harian
Sinar Harian
29/01/2023
23:30 MYT
Ular sawa dua meter 'hadir' ke sekolah
Ular sawa sepanjang dua meter berjaya ditangkap di SK Sungai Petai, Pasir Puteh pada Sabtu. -Foto Sinar Harian
PASIR PUTEH: Seekor ular sawa sepanjang dua meter dikesan 'hadir' ke Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Petai di sini pada hari Sabtu.
Ular seberat 10 kilogram itu berada di dalam longkang berhampiran kelas pelajar darjah enam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Azhar Elmy Mustofar berkata, pihaknya menerima panggilan berkenaan kehadiran reptilia itu pada jam 8.42 pagi.
"Seramai 11 anggota telah dikerahkan ke lokasi tersebut.
"Kami mengambil masa selama enam minit sahaja untuk menangkap ular berkenaan menggunakan penyepit dan penjerut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.
Menurut beliau, reptilia itu kemudian dimasukkan ke dalam guni khas untuk dilepaskan di kawasan hutan yang jauh dari kediaman orang awam. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#ular sawa
#SK Sungai Petai
#Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh
#kelas pelajar darjah enam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan