awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: IAEA sahkan kesan serangan berhampiran Loji Nuklear Bushehr
Asnida Daim didakwa pada Selasa - Peguam
Mendiang Tun Ling Liong Sik beri sumbangan besar, sahabat baik arwah abang - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ular sawa lebih 100 kilogram ditangkap

Noraniza Kamsani
Noraniza Kamsani
19/04/2018
05:24 MYT
Ular sawa lebih 100 kilogram ditangkap
Anggota bomba menunjukkan ular sawa yang berjaya ditangkap di padang tembak, Jalan Penor-Ubai di sini, awal pagi tadi.
Seekor ular sawa sepanjang tujuh meter berjaya ditangkap oleh pasukan bomba ketika sedang menjalar di padang tembak, Jalan Penor-Ubai di sini, awal pagi tadi.
Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Sani Harun, ular seberat lebih 100 kilogram berkenaan ditangkap kira-kira jam 2.13 pagi tadi.
Menurutnya, ular berkenaan mengalami kecederaan selepas dipercayai dilanggar kenderaan ketika melintas jalan berkenaan.
"Bagaimanapun kelibat ular sawa itu sedari oleh pengguna jalan raya yang lain sebelum menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan.
Ular sawa sepanjang tujuh meter dan berat lebih 100 kilogram berjaya ditangkap.
Ular sawa sepanjang tujuh meter dan berat lebih 100 kilogram berjaya ditangkap.
"Sepasukan lapan anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan dan apabila sampai memang terdapat seekor ular sawa sedang menjalar di padang berdekatan jalan, namun ia berada dalam keadaan lemah.
"Pada mulanya anggota ingin menghalau ular berkenaan ke dalam hutan berhampiran, namun disebabkan ia mengalami kecederaan, kita terpaksa membawanya pulang," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau berkata, anggota bomba terpaksa mengambil masa hampir satu jam untuk menangkap dan membawa pulang ular berkenaan kerana ia terlalu besar serta agak agresif walaupun mengalami kecederaan.
Katanya, haiwan berkenaan kemudian diserahkan ke Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) pagi ini.
Anggota bomba menunjukkan ular sawa yang berjaya ditangkap di padang tembak, Jalan Penor-Ubai di sini, awal pagi tadi.
Anggota bomba menunjukkan ular sawa yang berjaya ditangkap di padang tembak, Jalan Penor-Ubai di sini, awal pagi tadi.
Topic Berkaitan
#bomba dan penyelamat
#Jalan Penor-Ubai
#Kuantan
#Mohd Sani Harun
#Pahang
#ular sawa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan