awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu langgar lari anggota polis trafik ditahan
AS mula sekat kapal keluar masuk pelabuhan Iran
Trafik melalui Selat Hormuz hampir terhenti susulan ancaman sekatan AS - Data
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Umat Islam di Singapura, Indonesia, Thailand dan Kemboja sambut Aidilfitri pada Sabtu

Bernama
Bernama
19/03/2026
15:26 MYT
Umat Islam di Singapura, Indonesia, Thailand dan Kemboja sambut Aidilfitri pada Sabtu
Umat Islam di Singapura, Indonesia, Thailand dan Kemboja akan menyambut Aidilfitri pada Sabtu (21 Mac). - Gambar hiasan/Bernama

Umat Islam di Singapura, Indonesia, Thailand dan Kemboja akan menyambut Aidilfitri pada Sabtu (21 Mac).

Di SINGAPURA, Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir berkata berdasarkan kriteria imkanur rukyah yang dipersetujui oleh MABIMS (Menteri-Menteri Agama Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura), anak bulan Syawal berada terlalu rendah di ufuk Singapura ketika matahari terbenam pada Khamis dan tidak dapat dilihat.

“Ini bermakna esok (Jumaat) melengkapkan bulan Ramadan selama 30 hari bagi kami di Singapura, dan permulaan bulan Syawal bagi tahun 1447H jatuh pada lusa, Sabtu, 21 Mac 2026,” katanya dalam klip video yang dimuat naik di laman web Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) pada Khamis.

Di JAKARTA, Menteri Hal Ehwal Agama Indonesia Nasruddin Umar berkata tarikh 1 Syawal ditentukan menerusi sidang isbat pada Khamis selepas hilal tidak kelihatan di seluruh negara berdasarkan kedua-dua kaedah pengiraan astronomi (hisab) dan cerapan (rukyah).

Berdasarkan data hisab, beliau berkata hilal tidak memenuhi kriteria penglihatan yang ditetapkan oleh MABIMS, iaitu piawaian serantau yang diguna pakai oleh Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura, yang memerlukan paras ketinggian bulan serta jarak sudut tertentu bagi mengesahkan kenampakan.

Di BANGKOK, Sheikhul Islam Thailand Arun Boonchom mengumumkan menerusi siaran langsung Facebook bahawa umat Islam di negara itu akan menyambut Aidilfitri pada Sabtu selepas anak bulan tidak kelihatan selepas matahari terbenam pada Khamis.

Majlis Islam di 40 wilayah telah menjalankan cerapan anak bulan pada Khamis.

Thailand mempunyai kira-kira 10 juta umat Islam, kebanyakannya menetap di wilayah selatan Pattani, Yala dan Narathiwat.

Sementara itu, Kemboja turut menyertai negara jiran dalam menyambut Aidilfitri pada Sabtu.

Mufti Besar Kemboja merangkap Pengerusi Majlis Tertinggi Hal Ehwal Agama Islam Kemboja Kamaruddin Yusof membuat pengumuman itu pada Khamis.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#anak bulan
#negara jiran
#Astronomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan