awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Umat Islam perlu bersatu ketika konflik, jurang ekonomi global semakin meningkat - Sultan Nazrin

Bernama
Bernama
29/07/2024
06:03 MYT
Umat Islam perlu bersatu ketika konflik, jurang ekonomi global semakin meningkat - Sultan Nazrin
Sultan Nazrin Shah bertitah sejak Oktober 2022, dua konflik besar yang menjejaskan populasi majoriti Islam telah tercetus, iaitu perang saudara Sudan dan konflik di Gaza. - Gambar/ Bernama
IPOH: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini bertitah terdapat keperluan mendesak untuk umat Islam bersatu padu pada ketika konflik dan jurang ekonomi global yang semakin meningkat.
Baginda bertitah sejak Oktober 2022, dua konflik besar yang menjejaskan populasi majoriti Islam telah tercetus, iaitu perang saudara Sudan dan konflik di Gaza.
"Sementara perang di Ukraine yang bermula pada awal 2022, telah berlanjutan hingga ke tahun ketiga, menyebabkan kesusahan yang ketara dan berpanjangan kepada rakyat negara itu.
"Merentasi konflik global ini, orang awam yang tidak berdosa dari pelbagai agama - Islam dan bukan Islam - termasuk ribuan wanita dan kanak-kanak, menanggung penderitaan: terbunuh, cedera, dipaksa keluar dari rumah mereka dan dalam banyak kes, kini kekurangan makanan yang semakin meruncing," titah Sultan Nazrin ketika menyempurnakan perasmian Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Sedunia (WCIT) ke-7, Berdiri Bersama : Umat Islam dan Kemanusiaan Sejagat, di sini hari ini.
Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad.
Topic Berkaitan
#Sultan Nazrin Shah
#Umat Islam
#Gaza
#jurang ekonomi global
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan