awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO akui akar umbi belum faham piagam dengan Pas

Bernama
Bernama
06/11/2019
08:39 MYT
UMNO akui akar umbi belum faham piagam dengan Pas
Piagam Muafakat Nasional yang dimeterai oleh UMNO dan Pas masih samar-sama dalam meraih sokongan masyarakat bukan Islam dan belum difahami di peringkat akar umbi, kata Mohamad Hasan. - Gambar fail
UMNO mengakui, Piagam Muafakat Nasional yang dimeterai oleh parti itu dengan Pas masih samar-sama dalam meraih sokongan masyarakat bukan Islam dan belum difahami di peringkat akar umbi serta perlu diberi penjelasan dengan lebih teliti.
"Kita kena jelaskan supaya orang faham. Kita kena juga hantar mesej kepada rakan-rakan di Sabah dan Sarawak.
"Kerana idea penyatuan ummah tidak sesuai dan relevan di sana tetapi sesuai di Semenanjung. Jadi fasa pertama kepada segala penjelasan ini bermula di Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai ini yang memang medan yang sesuai untuk kita uji apa yang kita rancang selama ini," kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau berkata, penjelasan ini termasuk soal pemilihan calon MCA, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng dan bukannya calon UMNO yang berlatarbelakangkan Melayu atau Pas.
Timbalan Pengerusi BN itu ditemui selepas majlis ramah mesra bersama penduduk Parit Sulaiman dekat sini sempena kempen PRK Parlimen Tanjung Piai yang masuk hari kelima hari ini.
Perjanjian kerjasama politik yang dikenali sebagai Piagam Muafakat Nasional dimeterai oleh UMNO dan Pas disempurnakan oleh kedua-dua presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada September lepas.
Ia mengundang pelbagai reaksi dari kalangan pemerhati politik yang benar-benar berminat untuk mengetahui hala tujunya memandangkan ia masih samar kerana disifatkan 'ringkas' dan memerlukan huraian yang lebih jelas apabila melibatkan soal agama, kaum, hal Melayu, kedudukan rakyat dan Perlembagaan.
PRK Parlimen Tanjung Piai ditetapkan 16 November ini susulan kematian penyandangnya, Datuk Dr Md Farid Md Rafik, 42, yang mewakili PH pada 21 September lepas akibat komplikasi jantung.
Dalam mempertahankan kerusi Parlimen itu, PH berdepan dengan pertandingan enam penjuru menentang BN, Gerakan, Barisan Jemaah Islamiah (Berjasa) dan dua calon bebas. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#Ahmad Zahid Hamidi
#Mohamad Hasan
#PAS
#Piagam Muafakat Nasional
#Tanjung Piai Memilih
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan