awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Semua calon cemerlang 10A SPM 2025 ditawar program matrikulasi - KPM
Konflik Asia Barat: Pengeksport Malaysia digesa amalkan pendekatan proaktif, adaptif
MSN nafi tidak benarkan Beasley terlibat program pencarian bakat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UNGA tetapkan dua hari dialog interaktif bagi calon Setiausaha Agung PBB

Bernama
Bernama
07/04/2026
03:41 MYT
UNGA tetapkan dua hari dialog interaktif bagi calon Setiausaha Agung PBB
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) menetapkan dua hari untuk mengadakan dialog interaktif bersama calon Setiausaha Agung PBB yang seterusnya. - Gambar fail Reuters
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) menetapkan dua hari untuk mengadakan dialog interaktif bersama calon Setiausaha Agung PBB yang seterusnya, menurut laman sesawang PBB pada Isnin, lapor Xinhua.
Dalam surat kepada semua negara anggota PBB, Presiden UNGA Annalena Baerbock menggariskan jadual dialog itu yang akan berlangsung pada 21 dan 22 April, dengan setiap calon diberi peruntukan masa selama tiga jam.
Setakat ini, empat calon berada dalam saingan untuk menerajui PBB, iaitu bekas Presiden Chile, Michelle Bachelet yang dicalonkan Brazil dan Mexico; Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa, Rafael Grossi yang dicalonkan Argentina; bekas Presiden Senegal, Macky Sall yang dicalonkan Burundi; serta ahli ekonomi dan bekas Naib Presiden Costa Rica, Rebeca Grynspan yang dicalonkan negaranya sendiri.
Antonio Guterres, Setiausaha Agung PBB semasa dan kesembilan, mula memegang jawatan pada Januari 2017.
Penggantinya dijadual mengambil alih jawatan berkenaan pada 1 Jan 2027.
-- BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#PBB
#dialog interaktif
#calon
#Setiausaha Agung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan