awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu langgar lari anggota polis trafik ditahan
AS mula sekat kapal keluar masuk pelabuhan Iran
Trafik melalui Selat Hormuz hampir terhenti susulan ancaman sekatan AS - Data
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UNHRC: Iran tuduh AS–Israel lakukan ‘jenayah perang’ dalam serangan sekolah Minab

Astro AWANI
Astro AWANI
27/03/2026
09:17 MYT
UNHRC: Iran tuduh AS–Israel lakukan ‘jenayah perang’ dalam serangan sekolah Minab
Abbas Araghchi (foto) menegaskan bahawa serangan terhadap Sekolah Rendah Perempuan Shajareh Tayyebeh itu dilakukan secara bertubi‑tubi dan disasarkan dengan tepat. -Gambar fail/Reuters
Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, mengecam serangan udara Amerika Syarikat (AS) dan Israel terhadap sebuah sekolah di Minab sebagai jenayah perang terancang yang mengorbankan 175 pelajar dan guru.
Berucap pada mesyuarat tergempar Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC), Abbas Araghchi menegaskan bahawa serangan terhadap Sekolah Rendah Perempuan Shajareh Tayyebeh itu dilakukan secara bertubi‑tubi dan disasarkan dengan tepat.
Laporan antarabangsa sebelum ini mengesahkan sekolah berkenaan terkena tiga hentaman peluru berpandu (triple tap).
“Serangan biadab ini bukan insiden terpencil atau kesilapan pengiraan. Ia adalah jenayah kemanusiaan yang menuntut kutukan keras dan tindakan akauntabiliti yang jelas terhadap pelakunya,” katanya dalam sesi yang dipanggil oleh Iran, China dan Cuba.
Beliau menambah bahawa tindakan ketenteraan yang bermula pada 28 Februari lalu berlaku ketika Tehran dan Washington masih berada di meja rundingan bagi menyelesaikan isu program nuklear Iran.
“Mereka mengabaikan meja rundingan buat kali kedua dalam tempoh sembilan bulan dan memilih untuk memulakan peperangan haram melalui dua rejim nuklear yang bersifat pembuli,” katanya.
Araghchi turut mendedahkan kemusnahan skala besar infrastruktur pendidikan di Iran dengan menyatakan lebih 600 sekolah telah musnah atau rosak, manakala lebih 1,000 pelajar serta guru dilaporkan terkorban atau tercedera akibat konflik berkenaan.
Beliau menegaskan bahawa kenyataan bercanggah dari pihak AS tidak akan dapat menutup tanggungjawab sebenar terhadap korban orang awam di Minab.
Mesyuarat tergempar itu diadakan susulan kebimbangan antarabangsa terhadap normalisasi pelanggaran hak asasi manusia dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa dalam peperangan yang sedang memuncak di Asia Barat.
Topic Berkaitan
#Iran
#minab
#abbas araghchi
#UNHRC
#serangan sekolah
#AS-Israel
#jenayah perang
#konflik Asia Barat
#Mesyuarat tergempar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan