awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir di KL, 11 negeri hingga 9 malam ini
Konflik Asia Barat: Orang ramai hadir upacara peringatan Khamenei di Tehran
ETCon26 pacu pelaksanaan pelan peralihan tenaga negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UNSC lulus permohonan Indonesia bagi mesyuarat tergempar serangan terhadap UNIFIL

Bernama
Bernama
04/04/2026
23:40 MYT
UNSC lulus permohonan Indonesia bagi mesyuarat tergempar serangan terhadap UNIFIL
Mesyuarat itu dijangka mengeluarkan kecaman keras terhadap serangan ke atas pasukan pengaman yang berkhidmat di bawah Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL). - Foto fail/REUTERS

Permohonan Indonesia untuk mengadakan mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) berhubung serangan maut ke atas pasukan pengamannya di Lubnan diluluskan, ketika negara itu mendesak agar kecaman dan akauntabiliti diambil susulan insiden tersebut.

Menurut Agensi Berita ANTARA, Menteri Luar Sugiono berkata Perancis, selaku negara peneraju UNSC bagi isu Lubnan, menyokong permintaan tersebut, dengan mesyuarat itu dijangka mengeluarkan kecaman keras terhadap serangan ke atas pasukan pengaman yang berkhidmat di bawah Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL).

Sugiono berkata permohonan itu disampaikan melalui wakil tetap Indonesia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York sehari selepas insiden pertama, yang menonjolkan tindak balas diplomatik pantas Jakarta.

Beliau berkata Indonesia mengutuk sekeras-kerasnya semua serangan terhadap kakitangan dan kemudahan pengaman PBB.

"Kami mengutuk sekeras-kerasnya serangan yang dilakukan terhadap pasukan pengaman, dalam kes ini UNIFIL. Kemudian kami juga menuntut agar siasatan menyeluruh dijalankan," tegasnya.

Permohonan itu menyusul selepas kematian tiga anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) yang berkhidmat di bawah misi UNIFIL, dengan lima lagi cedera dalam insiden berkenaan.

Pada 3 April, tiga lagi anggota pengaman Indonesia cedera dalam satu letupan di El Addaiseh, selatan Lubnan.

Sugiono berkata gesaan untuk siasatan menyeluruh bertujuan memberi penjelasan mengenai punca insiden dan mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab, sambil menekankan bahawa keselamatan kakitangan antarabangsa mesti menjadi keutamaan.

Terdahulu, jenazah tiga anggota TNI yang terkorban tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta pada 5.30 petang waktu tempatan pada Sabtu, dan kemudian diterbangkan ke kampung halaman masing-masing di Cimahi, Magelang dan Kulon Progo menggunakan pesawat tentera.

Presiden Prabowo Subianto memberikan penghormatan terakhir kepada ketiga-tiga tentera yang gugur itu.

Upacara tersebut diketuai oleh Ketua Staf Tentera Darat Indonesia Jeneral Maruli Simanjuntak. Turut hadir ialah bekas Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#UNSC
#Mesyuarat tergempar
#UNIFIL
#Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan