awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Usah semberono lapor berita jika tiada asas kebenaran - Zahid Hamidi

Mariah Ahmad
Mariah Ahmad
30/03/2015
13:58 MYT
Usah semberono lapor berita jika tiada asas kebenaran - Zahid Hamidi
ZAHID: Wartawan media konvensional atau media baru harus mematuhi etika dan memastikan kesasihan sebelum menerbitkan sesebuah berita - Gambar fail
Wartawan media konvensional atau media baharu harus mematuhi etika dan memastikan kesahihan sebelum menerbitkan sesebuah berita, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau yang mengulas mengenai penahanan tiga pengarang portal berita The Malaysian Insider (TMI) berkata wartawan seharusnya tidak semberono meletakkan sebarang berita walaupun tiada asas kebenarannya.
"Mereka ditahan kerana mereka (TMI) melakukan pemberitaan yang palsu. Tidak ada keputusan dari Majlis Raja-Raja sebagaimana mereka laporkan dalam portal berita berkenaan," ujar beliau kepada Astro Awani di sini.
Tiga pengarang portal berita TMI yand ditahan polis adalah Pengarang Urusan, Lionel Morais; Pengarang Rencana dan Analisis, Zulkifli Sulong dan Pengarang Berita, Amin Iskandar.
Mereka akan disiasat di bawah Akta Hasutan 1948.
Penahanan tersebut adalah berikutan aduan yang dibuat oleh beberapa ahli Parlimen Barisan Nasional berkaitan laporan oleh portal beritaitu berhubung keputusan Majlis Raja-Raja berkenaan undang-undang hudud.
Difahamkan, kira-kira 12 anggota polis yang diketuai ASP Wan Aedil dari Unit Siasatan Terkelas Bukit Aman bersama sekumpulan pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyerbu premis pejabat TMI di Petaling Jaya pada jam 5.50 petang.
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#TMI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan