awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu langgar lari anggota polis trafik ditahan
AS mula sekat kapal keluar masuk pelabuhan Iran
Trafik melalui Selat Hormuz hampir terhenti susulan ancaman sekatan AS - Data
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Usaha Pakistan sebagai pengantara hentikan perang pada tahap genting - Duta Iran

Bernama
Bernama
07/04/2026
12:33 MYT
Usaha Pakistan sebagai pengantara hentikan perang pada tahap genting - Duta Iran
Israel dan Presiden AS Donald Trump mengeluarkan ancaman baharu iaitu pihak mereka akan meletupkan infrastruktur awam Iran termasuk loji kuasa, jambatan dan sistem kereta api. - Gambar fail
Usaha Pakistan sebagai orang tengah untuk menghentikan perang Amerika Syarikat (AS)-Israel terhadap Iran telah mencapai “peringkat kritikal”, kata Duta Besar Iran ke Pakistan Reza Amiri Moghadam pada Selasa.
Moghadam menyifatkan desakan diplomatik kuat Pakistan untuk mencapai gencatan senjata sebagai "positif dan produktif".
Usaha itu "mendekati peringkat kritikal dan sensitif," katanya dalam catatan di X.
"Nantikan perkembangan seterusnya,” tambah duta Iran itu.
Israel dan Presiden AS Donald Trump mengeluarkan ancaman baharu iaitu pihak mereka akan meletupkan infrastruktur awam Iran termasuk loji kuasa, jambatan dan sistem kereta api.
“Setiap jambatan di Iran akan musnah pada pukul 12 tengah malam esok, iaitu setiap loji jana kuasa di Iran akan tidak beroperasi, terbakar, meletup dan tidak dapat digunakan lagi,” kata Trump pada Isnin.
Sementara itu, Presiden Iran Masoud Pezeshkian berkata pada Selasa beliau dan berjuta-juta rakyat Iran bersedia untuk mengorbankan nyawa mereka demi mempertahankan negara.
"Lebih 14 juta rakyat Iran setakat ini, dengan bangga, telah mendaftar untuk mengorbankan nyawa mereka demi mempertahankan Iran. Saya juga telah, sedang dan akan tetap berbakti dengan penuh kesetiaan untuk Iran,” menurut hantarannya di X.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Iran
#Pakistan
#Donald Trump
#Masoud Pezeshkian
#konflik Asia Barat
#Reza Amiri Moghadam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan