awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Usaha perkemas Akta Komunikasi dan Multimedia, kekurangan RMM tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Bernama
Bernama
13/11/2024
01:10 MYT
Usaha perkemas Akta Komunikasi dan Multimedia, kekurangan RMM tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Sidang Parlimen hari ini diteruskan dengan penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 peringkat jawatankuasa oleh kementerian-kementerian. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Usaha memperkemas Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan rangkaian antara yang akan dibincangkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, Dr Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) meminta Menteri Komunikasi menyatakan pelan untuk mengkaji dan memperkemas Seksyen 233 bagi memastikan skop dan penggunaannya tidak memberi ruang disalahgunakan, pada sesi soal jawab lisan.
Datuk Willie Mongin (GPS-Puncak Borneo) pula meminta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan dasar serta strategi kementerian untuk menangani kenaikan harga hartanah dan kekurangan rumah mampu milik (RMM).
Turut menarik perhatian, soalan Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali (BN-Pekan) mengenai kesediaan kerajaan untuk melaksanakan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang menyeluruh dalam sektor ketenteraan bagi memperkukuh keupayaan pertahanan Malaysia.
Usai sesi berkenaan, persidangan diteruskan dengan penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2025 peringkat jawatankuasa oleh kementerian-kementerian.
Semalam, Dewan Rakyat meluluskan RUU Perbekalan 2025 di peringkat dasar selepas dibahaskan bermula 21 Okt lepas.
Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 35 hari bermula 14 Okt hingga 12 Dis ini.
-- BERNAMA
Ikuti laporan yang terperinci Belanjawan 2025 di sini
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Akta Komunikasi dan Multimedia
#Belanjawan 2025
#Rang Undang-Undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan