awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas pegawai Oman gesa sekatan terhadap produk AS
Anggota udara AS yang hilang ditemui, operasi menyelamat masih berlangsung
Keluarga Jeneral Soleimani nafi ditahan oleh AS, masih berada di Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Usaha perkukuh keterjaminan makanan negara tanggungjawab bersama – Mohamad Sabu

Bernama
Bernama
30/03/2026
13:55 MYT
Usaha perkukuh keterjaminan makanan negara tanggungjawab bersama – Mohamad Sabu
Mohamad berkata, kementeriannya sentiasa memantau rapi setiap perkembangan agar negara boleh bersiap sedia lebih awal selain memastikan bekalan makanan negara kekal stabil, mencukupi dan mudah diakses oleh rakyat. - Gambar Facebook Mohamad Sabu
Usaha memperkukuh keterjaminan makanan negara merupakan tanggungjawab bersama semua pihak dan bukan terletak pada kerajaan semata-mata.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, kementeriannya sentiasa memantau rapi setiap perkembangan agar negara boleh bersiap sedia lebih awal selain memastikan bekalan makanan negara kekal stabil, mencukupi dan mudah diakses oleh rakyat.
"Kita semua ada peranan. Yang ada ruang dan kemampuan, boleh mula bercucuk tanam. Yang berniaga, urus bekalan dengan berhemah. Yang membeli, elakkan pembelian panik.
"Insya-Allah, dengan usaha berterusan dan kerjasama semua pihak, kita mampu kukuhkan pengurusan bekalan makanan negara dan hadapi cabaran ini dengan tenang," katanya menerusi hantaran di laman Facebook beliau, pada Isnin.
Terdahulu petang semalam, Mohamad menerima taklimat pembentangan Kertas Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang memberi fokus kepada kedudukan semasa bekalan makanan negara serta langkah-langkah mitigasi yang perlu diperkukuh.
Beliau berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mempengerusikan mesyuarat MTEN hari ini bagi meneliti dan memuktamadkan tindakan susulan.
Mohamad berkata, dalam keadaan dunia yang tidak menentu ketika ini khususnya konflik di Asia Barat serta perubahan cuaca global, perkara itu memberi kesan langsung kepada rantaian bekalan makanan dan produktiviti sektor pertanian negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohamad Sabu
#keterjaminan makanan
#bekalan makanan
#konflik Asia Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan