awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Usahawan muda di ibu negara digalak mohon geran MAIWP - Shahidan

Bernama
Bernama
31/03/2022
09:47 MYT
Usahawan muda di ibu negara digalak mohon geran MAIWP - Shahidan
SHAHIDAN: Inisiatif itu bakal dimulakan pada Ramadan ini sebagai modal awal untuk individu yang berminat menceburi perniagaan secara kecil-kecilan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukkan geran sehingga RM20,000 bagi membantu 1,000 usahawan muda di ibu kota memulakan perniagaan.
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim berkata inisiatif itu bakal dimulakan pada Ramadan ini sebagai modal awal untuk individu yang berminat menceburi perniagaan secara kecil-kecilan.
"Kita akan melihat prestasi mereka pada Ramadan ini melalui pembabitan dalam bazar Ramadan. Ini kerana, inisiatif Ini adalah untuk mereka yang baru berjinak-jinak dalam perniagaan dan usaha untuk membantu usahawan muda di Kuala Lumpur," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Bantuan Baik Pulih Rumah Mangsa Bencana Ribut dan Kebakaran di Wilayah Persekutuan di sini hari ini.
Sementara itu Pengerusi MAIWP Tan Sri Mohd Daud Bakar berkata, usahawan muda yang berminat digalakkan memohon geran berkenaan terus kepada MAIWP, dan sebagai permulaan bantuan bernilai RM3,000 hingga RM5,000 diberikan untuk bantu membuka gerai dan membeli segala kelengkapan berniaga.
"Selain itu, kita juga akan memberi latihan dan pengetahuan asas dalam perniagaan supaya mereka lebih memahami prinsip aliran tunai, disiplin kewangan dan ilmu lain dalam perniagaan," katanya.
Pada majlis itu, MAIWP memperuntukkan RM200,000 untuk bantuan baik pulih rumah kepada 36 keluarga terjejas akibat kebakaran dan bencana ribut di sekitar Kuala Lumpur.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Shahidan Kassim
#MAIWP
#usahawan muda
#ibu negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan